Motto

Motto Minggu Ini
SEKALI BERPENGAKAP, TERUS BERPENGAKAP

Sabtu, 25 Februari 2012

Persetiaan Pengakap

"Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia, yang saya dengan seberapa daya upaya saya, akan:
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang setiap masa, dan
Menurut Undang-Unadang Pengakap.

Saya berjanji dan bersetia merupakan ikrar ahli kepada dirinya, kawan-kawan, pemimpin dan organisasi.  Dalam hal ini ahli mesti mengotakan apa yang tgelah dilafazkan (kebaikan) dan mengamalkannya.

Seberapa daya upaya bermaksud keupayaan yang berpadanan dengan usia, tahap pemikiran, dan jasmani ahli.

Taat Kepada Tuhan bermaksud ahli pengakap mestilah beragama dan taat melakukan ibadah yang disuruh oleh tuhannya.  Walau apa pun agama yang dianuti, patuh kepada perintah tuhan adalah janji ahli pengakap kepada dirinya.  Bagi negara komunis yang menolak kehidupan beragama, pergerakan pengakap tidak dapat ditubuhkan atas sebab tidak mempercayai tuhan.

Taat kepada Raja dan Negara bermaksud pergerakan ini bernaung dibawah satu pemerintahan dan tanah airnya sendiri.  Oleh itu adalah wajar untuk mereka menunjukkan taat setia kepada raja dan negaranya.

Menolong orang setiap masa adalah bermaksud setiap ahli pengakap perlu sentiasa bersedia untuk berbakti dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan.  Kemahiran dalam hal berkhidmat dan berbakti ini boleh dipupuk semasa dalam pergerakannya.

Menurut Undang-Undang Pengakap bermaksud ahli pengakap perlu mengetahui,memahami dan aplikasi 10 undang-undaqng pengakap.  Undang-undang ini telah digubal dan diterima pakai oleh semua ahli pengakap sedunia. 

Jumaat, 24 Februari 2012

Tujuan Berpengakap

Tujuan kita berpengakap adalah untuk menjadi manusia yang berbudi luhur, berguna dan amanah dengan memberi peluang-peluang dan panduan bagi perkembangan mental, fizikal, sosial dan rohani beserta estetika yang seiring dengan objektif pendidikan moden melalui pendekatan yang lebih natural dan praktis berbanding pembelajaran formal di bilik darjah.

Sekali berpengakap, terus berpengakap

Assalamualaikum dan sejahtera kepada ahli-ahli pengakap KLM 36. 

Blog yang dibina ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan pendapat berkaitan dengan dunia kepengakapan di kalangan ahli-ahli KLM 36 yang berpusat di IPG Kampus Tuanku bainun.

Insyaallah, akan saya cuba untuk manafaatkan blog ini untuk meningkatkan lagi mutu pergerakan pengakap KLM 36 dengan lebih rancak dan penuh infomasi berkaitan dengan dunia pengakap.

Bagi anda yang telah memilih atau terpilih menjadi ahli pengakap di KLM 36 ini, ingin saya menasihatkan kepada kalian, jadilah ahli pengakap yang terbaik.  Timbalah ilmu dan pengalaman dari mereka yang mempunyai kepakaran.  Jangan hanya kerana ianya kursus wajib yang perlu diikuti dan gred pemcapaian.  Teruskan perjuangan. 

Jangan sesakali menjual pakaian seragam kepada Junior anda.  Jadikan bekalan untuk ke sekolah.  Bangga dengan uniform anda.  Teruskan kelayakan anda untuk mengikuti kursus manikayu tahap 2, 3a, 3b dan 4.  Capai manikayu 2 bead anda.

Ingat, sekali berpengakap, terus berpengakap.