Motto

Motto Minggu Ini
SEKALI BERPENGAKAP, TERUS BERPENGAKAP

Sabtu, 25 Februari 2012

Persetiaan Pengakap

"Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia, yang saya dengan seberapa daya upaya saya, akan:
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang setiap masa, dan
Menurut Undang-Unadang Pengakap.

Saya berjanji dan bersetia merupakan ikrar ahli kepada dirinya, kawan-kawan, pemimpin dan organisasi.  Dalam hal ini ahli mesti mengotakan apa yang tgelah dilafazkan (kebaikan) dan mengamalkannya.

Seberapa daya upaya bermaksud keupayaan yang berpadanan dengan usia, tahap pemikiran, dan jasmani ahli.

Taat Kepada Tuhan bermaksud ahli pengakap mestilah beragama dan taat melakukan ibadah yang disuruh oleh tuhannya.  Walau apa pun agama yang dianuti, patuh kepada perintah tuhan adalah janji ahli pengakap kepada dirinya.  Bagi negara komunis yang menolak kehidupan beragama, pergerakan pengakap tidak dapat ditubuhkan atas sebab tidak mempercayai tuhan.

Taat kepada Raja dan Negara bermaksud pergerakan ini bernaung dibawah satu pemerintahan dan tanah airnya sendiri.  Oleh itu adalah wajar untuk mereka menunjukkan taat setia kepada raja dan negaranya.

Menolong orang setiap masa adalah bermaksud setiap ahli pengakap perlu sentiasa bersedia untuk berbakti dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan.  Kemahiran dalam hal berkhidmat dan berbakti ini boleh dipupuk semasa dalam pergerakannya.

Menurut Undang-Undang Pengakap bermaksud ahli pengakap perlu mengetahui,memahami dan aplikasi 10 undang-undaqng pengakap.  Undang-undang ini telah digubal dan diterima pakai oleh semua ahli pengakap sedunia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan